Search This Blog

Tuesday, March 10, 2009

beliau dilanggar kereta

pada hari isnin yang lalu bersamaan 9 march 2009 yang mana pada ketika itu saya sedang memandu kereta untuk pulang ke rumah sewa daripada kampung halaman...dalam kedinginan petang sebab ujan lebat..aku membawa kereta dengan berhemah dan penuh tawada' kerana keadaan jalan yang tak membenarkan aku membawa laju...dengan rileks aku membawa kereta..
disetiap lampu isyarat merah aku berhenti...tidak seperti selalu aku melanggar isyarat kuning kerana tema pada hari itu memandu dengan penuh berhemah dan menikmati pau daging yang aku beli kat muar..aku pn menyusur dan menyusur jalan raya itu untuk menuju ke destinasi..tetiba aku ternampak seekor lembu terdampar di atas jalan..aku pn memperlahankan kereta untuk mengelakkan lembu itu..tiba-tiba lembu itu cuba bangun dan rebah..setelah cuba untuk kali yang kedua beliau pun berjalan ketepi jalan raya itu...aku ingat kaki dia terseliuh jer lagi jauh..aku pn memandu dengan perlahan.. sampai betul-betul disebelah beliau(LEMBU)..aku lihat kaki dia patah dibahagian lutut..sehingga menanmpakkan tulang dan berdarah..ya allah kesian sungguh lembu itu..aku amati pergerakan lembu itu...dengan menahan sakit..sambil berjalan terencot encot sambil kencing dan berak..tiba-tiba aku berasa sungguh kesian lembu itu melihat dia menahan sakit..ya allah..tak dapat ku bayangkan perassanku kepada beliau pada masa itu..mahu saja aku berhenti memarahi pemandu wira biru yang melanggar lembu itu..tapi apakan daya..semuanya telah berlaku..bukan kehendaknya..betapa sakitnya lembu itu menahan sakit...sedangkan aku yang pernah patah kali tulang kaki aku patah dua tetapi tak terkeluar daripada daging la cuma hampir seperti sesiku L jer kaki aku..pun begitu sakit sekali aku rasakan..apatah lagi yang patah terkulai terkeluar tulang...hanya yang pernah patah tulang jer tau menghargai kesakitan itu..aku doakan semoga beliau (LEMBU) sembuh dengan cepat dan kalu tak pun tuan dia sembelih daripada brliau menahan kesakitan. kepada tuan-tuan lembu dan kambing belalah kambing dan lembu-lembu mu dikandang atau pun dikawan yang dipagar....untuk mengelakkan kecelakaan dilanggar..mereka tak paham nak melintas jalan tu kena tengok kiri dan kanan..sebab mereka bukan seperti manusia yang boleh berfikir..tapi mereka pun ada perasaan sakit...

Friday, February 27, 2009




tribute to kereta api tanah melayu







Camera

aku nak balik umah amik kamera digital aku...huuuu..dah lama tak mengambil gambar...camner aku nak mik gambar...smua orang berebut nak mik gamba aku...tak caya korang tengok kamera korang (to my class mate) smua ader gamba aku kan..aku tak tipu kan korang yang nak mik kan..lalala...t aku upload gamba aku yang fotogenik ni (bukan foto gedix ye) yang terbaru...korang rindu nak mik gambar aku kan..pastu tak yah la puji aku...aku tak nak tu semua...tapi tak kisah la...puji la kang korang kecik ati lak..tak per la aku bagi peluang

puitis

azura ko jangan salah paham...ko jangan ingat aku patah hati lak ko baca puisi tu...hahaha..k nak korek rahsia aku lak..tak der2 nak gosip paal orang len leh..kalu aku kna gosip tak leh..ader ker ko nak gosip aku tapi aku yang citer gosip aku sendiri..kecik ati aku..ko tak perasan ker aku berbakat..aku malas jer nak menunjuk kang ko cakap aku riak,bongkak,takbur...memang tu niat ko kan..ecececech..aku taw..haha...aku nak berpuitis pn ko pandang serong kat aku...huh..apanya kawan..

peristiwa nasi lemak

hui..knapa la follower dua orang jer ni...tak ber tambah pun...terima kasih la sebab korang sudi jadi follower aku..haha..pagi tadi berlaku peristiwa yang kelakar..rasa kesian pun ader...hahaha...owh TAK KELAKAR ea..apa ek aku nak citer td lupa lak...ha ok2..aku cerita step by step..siap sound effect lagi..

9.10 pg: Firdaus maas menalifon saya..ketika saya sedang memandu..lalu saya pun menjawab panggilan fir...

Macho: ha..knapa
fir: ko kat ner??
Macho:aku baru gerak ni nk p MICET kat taman lagi...knapa
Fir: jom lepak kat sebelah petronas minum-minum jap
Macho:ok jap g aku sampai

9.20pg:lalu aku pun tiba dikedai yang dijanjikan memandang sekelompok manusia mencari fir..lalu terus aku bergegas ke meja fir..

akak Waiter:nak minum apa bang
macho:saya muda g kak..milo tarik satu
akak waiter:nak makan aper:
macho:saya diet kak

lalu akak tu pn pergi selepas mengambil oder

tetiba ader awek tegor..aku ngatkan saper...upanya awek kapan lynn kot nama dier...aku pn menjadi peramah..ko wat per kat sini..Wat2 tanya lak aku..kan kat kdai makan..dah tentu la makan..hoho..huduh tul perangai aku ni...

tengah aku syok2 menghirup air milo tarik tetiba gedebuk...lalu aku memandang sekeliling mencari arah bunyi itu..
hahaha..aku gelak kuat-kuat...ader apek yang baru jer aku tengok tengah syok makan nasi lemak sebentar tadi jatuh kerusi...hahaa...punya la syok dia makan sampai jatuh kerusi...hahaha...lalu aku melihat gelagat dier...apek tu menyalahkan kerusi itu...lalu aku pn gelak lagi...nasib la fir pegi beyak kalu tak dier ketawa sampai terbalik meja makan..aduih...yang best tu apek tu macam bengang jer..dier makan cepat-cepat terus dier blah..isteri dier yang bayar walaupun isteri dier tak makan..

pastu aku terpandang sesuatu..ader pakcik tu tengak makan nasik lemak,,,sedap jer aku tengok dier makan..cam nak oder lak...pastu aku terpandang seluar dier tak zip..huh..ilang selera nak makan...

nasib ler aku tak makan nasik lemak..kalu aku makan nasi lemak kedai tu ntah apa lak yang jadik kat aku...haha






Thursday, February 26, 2009

ntah la

Hati yang pernah singgah jauh dilubuk hatiku
Rasa cinta yang dulu pernah ada dalam diriku
Mungkin takkan hilang begitu saja
Hingga terkubur jauh terperosok didalam jiwa

Rasa sakit inipun takkan pernah mati
kerana kamu boleh mengkhianati
Kasih yang slama ini aku beri
Bahkan oleh diriku sendiri

Mulai kini putus sudah ikatan kita
Takkan lagi ada rangkaian cerita
Terdetik diri ini untuk melihat wajahmu
Kerana kamu telah
Menusukku dari belakang hingga tembus tepat didada

Tuhan! Semoga apa yang kurasa mereka juga merasakannya
Lebih dari yang kurasa
Kerana mereka dulu telah mengukir hati ini
Luka yang mereka ukir dengan kasih sayang
telah terguris dengan perbuatanya

aku tidak membenci

aku tidak berdendam

malahan aku mahu melihatmu senyum dihatiku